TENTANG BURUJ

 



PENGENALAN BURUJ


Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
Ia berbentuk seperti bintang-bintang dengan pelbagai corak .Menurut Kesatuan Astronami Antarabangsa (IAU) secara rasmi telah menetapkan terdapat 88 buruj dilangit. Kedudukan Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa.Oleh itu,kita boleh melihat buruj di kedua-dua hemisfera utara dan selatan.

Namun dalam penulisan ini saya akan menghuraikan empat jenis buruj sahaja iaitu:

A)Buruj Skorpio 
B)Buruj Belantik 
C)Buruj  Biduk
D)Buruj Pari

A) BURUJ SKORPIO 

=Menyerupai seperti Kala Jengking
=Menunjukkan arah di sebelah hemisfera selatan
=Muncul pada bulan Jun-Ogos,pukul 8-10.

B)BURUJ BELANTIK
                           
=Menyerupai seperti pemburu dengan pedang.
=Muncul atara bulan Disember-Februari
=Menunjukkan arah Utara
=Dihemisfera Selantan dan hemisfera Utara

C)BURUJ BIBUK

=Menyerupai bentuk gayung atau senduk
=Muncul pada April-Jun pukul 8-10
=Menunjukkan arah Utara
=Dihemisfera Utara

D)BURUJ PARI

=Menyerupai palang dan layang-layang
=Muncul pada April-Jun pukul 8-10
=Menunjukkan arah Selatan
=Dihemisfera Selatan

FAKTA MENARIK MENGENAI BURUJ

ZODIAK


Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian, pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar atmosfera bumi, manakala astrologi adalah tindakan berbentuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan bintang.

Saya lahir pada 15 April dan mengikut horoskop Yunani/ Greek, saya berzodiak Pisces. Anda ingin mengetahui zodiak anda? Di bawah saya sertakan tarikh-tarikh bagi setiap zodiak. 

PERBEZAAN ANTARA  BURUJ DAN ZODIAK

Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tanda.


SEJARAH TENTANG BURUJ




KISAH MASYARAKAT ZAMAN DAHULU MENGGUNAKAN BURUJ DALAM 
AKTIVITI HARIAN.

Menurut  Hafizah Iszahanid dalam penulisannya di Berita Harian Online,pada Ogos 23 2017,pada pukul 9:11 pm

 Buruj Pleiades (M45) dalam budaya orang Melayu Kedah, ia dikenali sebagai Bintang Ketika, Bintang Tujuh dan Bintang Puyuh.Orang Jawa pula menyebut buruj Pleiades sebagai Kartika, Ketika, Bintang Tujuh, Lintang Wuluh atau Guru Desa.
                                                                          
1.  Pada zaman dahulu buruj bertindak sebagai kompas bagi menentukan arah pelayaran kepada pelaut dan pengembara. Contohnya buruj belantik dan biduk sentiasa mengarah ke utara manakala buruj pari sentiasa mengarah ke selatan.

2. Ahli –ahli astronomi menggunakan buruj bagi memetakan langit. Mereka mengenalpasti kedudukan sesuatu objek samawi (bintang/planet/meteor dll) berdasarkan kedudukan objek samawi tersebut di dalam sesuatu buruj. Contohnya -komet  Ikeya Seki di cerap di dalam buruj Hercules. Komet Shoemaker Levy 9 Menghentam Planet Musytari di kedudukan buruj Cetus. Sebuah UFO telah di kesan di  kedudukan buruj Andromeda.

3.   Pada zaman dahulu , manusia menentukan musim berdasarkan kemunculan buruj-buruj. Buruj juga boleh menandakan sesuatu masa untuk bertanam atau untuk menuai hasil tanaman.

                                                                JOM TENGOK GAMBAR

                                                                                

                                               Sekumpulan masyarakat sedang bercucuk tanam


                                            

                                                      Perjalanan yang berpandukan buruj.

                                                                                   

   


Comments